Isnin, 27 April 2015

Basikal FAT BIKE & Bagaimana Segalanya Bermula ?

Bismillah, Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.. Pertama Kali Melihat BASIKAL GEMUK @ FAT BIKE Di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ( Terdapat Perkhidmatan Sewa Basikal Dan Macam2 Jenis Roda Lagi Sekarang ! ), Ketika Itu Aku Bersama Team Herbalife Sedang Melakukan Aktiviti Senaman ( Fit Hour Fitness ) Serta Pertandingan Turun Berat Badan Bulanan ( Monthly Weight Loss Challenge ).

Ketika Itu Anak Mata Ni Terperasan Dengannya, Terasa Ada Sesuatu Yang Unik Dengan Basikal Berwarna Hijau Herbalife Yang Sedang Dikayuh Di Sana.. Sekali Imbas, Nampak Macam Basikal Bukit @ Mountain Bike, Tapi Kenapa Plak Tayar Besar Gedabak ? Pelik, Tapi Hati Terdetik Berkata Basikal Ni Nampak Mantap Bila Bergerak... Masa Tu Tak Ada Kesempatan Nak Try Basikal Tayar Gedabak Ni, So Simpan Dulu Hajat & Balik Rumah Boleh Google Cari Spesis Apa Agaknya Basikal Gergasi ? Basikal Tayar Besar ? Basikal Rasaksa ? Atau Mungkin Sebab Basikal Encredible Hulk Sebab Warna Hijau.. HaHaHa !

OK, Bila Dah Di Rumah Ambik Kesempatan Untuk Google Spesis Basikal Ni - Akhirnya Jumpa Dan Nama Yang Di Berikan Adalah FAT BIKE ? Huh.. Sebab Tayar Besar Terus Dapat Nama FAT, Sabar Jer Laa.. Apa Yang Gemuk Tu Ntah ! Hakikatnya Bila Kita Berbasikal Dah Jadikan Salah Satu Daripada Aktiviti Senaman Yang Bagus Untuk Kesihatan, Dah Semestinya Dapat Membantu Kita Untuk Hilangkan FAT, Hilangkan Masalah Lebihan Lemak Yang Jadi Punca Masalah Berat Berlebihan + Terlajak Laris Serta Risiko Gemuk Pada Badan..

GEMUK IS AWESOME ? Really ? Hakikatnya Tidak.. Bukan Salah Kita Bila Dilahirkan Serta Dibesarkan Menjadi Gemuk.. Namun Memang Menjadi Kesalahan Kita Seandainya Kita Pergi Selamanya Meninggalkan Segala Yang Kita Sayang, Segala Yang Kita Cintai Dalam Keadaan Badan Yang Gemuk, Sedangkan Kita Punya Masa Yang Secukupnya Untuk Berusaha Mengubahnya Dan Turunkan Berat Badan !

Cukup Laa Melalut & Membebel Pasal Masalah FAT Masalah Gemuk Masalah Obesiti Semua.. OK2 Untung Laa My Cik Siti Slim Dan Tak Gemuk.. Sebab Dah Makan HERBALIFE Lebih 8 Tahun, Makin Sihat, Bertenaga & Makin Muda.. HeHeHe Sesekali Puji Isteri Tercinta Kat Blog Kan.. Kena Bagi Kredit Pada Nutrisi Yang Dah Kami Ambil Ni Sebab Sangat2 Banyak Mengubah Kehidupan Kami..

Dah2 CUKUPPPP !!! Ada Plak Bernanah Telinga Dengar Aku Bebel Nih.. Ringkasan Cerita : Sabtu 27 April 2015 Ada Aktiviti Senaman Team Herbalife Di Taman Tasik Titiwangsa, Maka Sempat Laa Untuk Test Drive FAT BIKE Kat Sana.. Rate Sewa Basikal2 Di Sana Antara RM10 ke RM15 Untuk 1 Jam.. Alhamdulillah Dapat Peluang Mengayuh Basikal FAT BIKE, Aku Boleh Katakan Memang FAT IS AWESOME.. Kenapa ? Personally Pada Pendapat Aku Sebab Tayar Besar Banyak Membantu Semasa Kita Mengayuh.. Especially Masa Kita Jalan Di Off Road Mcm Pada Jalan2 Yang Tak Rata Dan Lain2.. Masa Di Titiwangsa, Aku Test Redah Kawasan Taman Yang Ada Banyak Akar2 Kayu Yang Besar, YES Basikal FAT BIKE Tersangah Gagah Untuk Menjalankan Tugaskan Berjalan Atas Akar Pokok Yang Besar Serta Kawasan2 Berlumpur Tebal.. Sesuatu Yang Basikal Biasa Atau Mountain Bike Sendiri Akan Hadapi Kesukaran Untuk Berjalan..

Lepas Test Drive Basikal Fat Bike Jenama LKS Hijau Tu, Terus Sekali Lagi Google Cari Brand Fat Bike Yang Ramai Recommend, Final List Adalah Brand XDS, KHS Untuk Kategori Premium Serta Brand TRS, Moongoose, LKS Dan HTG Untuk Kategori Mampu Milik.. Harga Basikal FAT BIKE Ni Biasanya Dari RM1000++ ke RM2000 ++, Bergantung Pada Spesifikasi Dan Brand Basikal ! Akhirnya Pada Petang Sabtu Hari Yang Sama, Aku & Wife Terus Drive Pergi Ke Kapar Klang ( Sebab Dekat Sana Jer Yang Aku Google Dapat Bagi Reasonable Price & Berbaloi ! ), Lepas Puas Survey & Google Feedback Yang Lain, Aku Buat Keputusan Untuk Beli Brand XDS WARLORD 1 ( Ada Gak Nama Lain WARLORA 1 ) Sebab Model Tu Kategori Pertengahan Untuk Premium Bicycle XDS Dan Harga Masih Dalam Bajet Yang Aku Standby.

XDS FAT BIKE Warlord 1 Ada 3 Warna - Red + Black, Blue + Black & Orange + Black.. Hajat Hati Nak Beli Warna Merah & Second Choice Biru.. Sebelum Pergi Kedai Basikal Dekat Kapar, Klang Tu, Call & Mereka Cakap Basikal Tinggal 1 Unit Jer & Hanya Warna Orange + Black Yang Sampai.. WHAT ??? Apa Nak Buat, Nak Tak Nak Terpaksa Laa Beli Daripada Kempunan Tak Dapat Langsung Betul Tak ! Sampai Kedai, Memang Basikal XDS Warlord 1 Masih Dalam Kotak, Dan Kena Tunggu Dekat 1 Jam Untuk Siap Pasang.. FINALLY Dah Siap Pasang, Bayar Dengan Harga RM1600 Bermulalah Hobi Baru Sebagai Cyclist @ Rider FAT BIKER.. (o:


P/S : Foto2 Akan Diupload Kemudian !!!